Sunday 29 May 2011

"AL-IDRISI(1099-1166M)"

Beliau ialah Abu Abdallah Mohammed Ibnu As-Syarif Al-Idrisi. Beliau lebih dikenali
dengan panggilan Al-Idrisi, sempena nama bapanya. Al-idrisi dilahirkan pada tahun 1099
masihi di Ceuta, Sepanyol dan meninggal dunia pada tahun 1166 masihi.
Sumbangan al-Idrisi
Sumbangan utama tokoh ini ialah menghasilkan bebola perak seberat 400 paun untuk
Raja Roger II, lengkap dengan membahagikan dunia kepada 7 iklim, laluan perdagangan,
teluk, tasik, sungai, bandar-bandar besar, bukit dan lembah serta gunung-ganang.
Beliau juga mencatatkan jarak dan ketinggian sesuatu tempat dengan tepat. Tokoh
Geografi kurun ke-12 ini kemudiannya menghasilkan buku Nuzhah al Musytaq fi Ishtiraq
al Afaq (Kenikmatan pada Keinginan Untuk Menjelajah Iklim) atau Roger's Book iaitu
sebuah ensiklopedia geografi yang mengandungi peta dan informasi tentang negara
Eropah, Afrika dan Asia. Mencatatkan perihal masyarakat, budaya, kerajaan dan cuaca
negara-negara yang terdapat di dalam petanya.
Beliau turut menggunakan semula garisan lintang dan garisan bujur yang diperkenalkan
sebelumnya dalam peta yang dihasilkan. Beberapa abad lamanya, Eropah menggunakan
peta Al Idrisi dan turut menggunakan hasil kerja ilmuwan ini ialah Christopher
Columbus.

No comments:

Post a Comment